Wednesday, December 31, 2008

01.01.2009

Sekejap saja masa dah berlalu, dan meninggalkan Tahun 2008 yg sangat banyak kenangan pahit dan manis.

Tahun 2009, kononnya tahun untuk aku tamatkan zaman dara ku nie. 20.09.2009, siap dah choose date, tapi Allah yg menentukan semua nya. Aku dapat pengajaran yg tak semestinya kita bercinta itu adalah jodoh kita. Pertama aku yg menolak jodoh bersamanya, kini dia pulak yang pilih jalan yg salah untuk dirinya.

Tadi, aku terjumpa kawan aku yg dah 2 tahun kami tak bersua. Soalan pertama.

"Eh, kau, sorang je, anak mana?" Soalnya

"Ada, anak tekak," jawab aku sambil gelak dan masa yg sama suara sangat la seksi akibat sakit tekak.

Dia pun duduk disebelah aku, dan masih teruskan dengan soalannya.

"Kan aritu aku dgr ko dah tunang?" Soalnya lagi

"dah putus la," jawab aku selamba

"Bodoh lelaki tu," balas dia

Aku senyum sendiri, dan terfikir memang sangat bodoh lelaki itu......

Aku tak salahkan mereka tanya soalan macam tu sbb biasa la, masing-masing menunggu aku di satukan dengan lelaki idaman, Tapi persoalanya bila, siapa dan dimana?

Tahun yang baru ni, aku malas nk fikirkan soal jodoh, BF dan cinta. Aku cume perlukan kawan-kawan yang aku rasa sgt syg dan memahami aku. Dan aku nk melancong, please make my dream come true......


Monday, December 29, 2008





lupe diri di melaka


since aku x tau ape ntah masalah aku tak blh nk upload gbr kat facebook..geram nie..so aku decide nk tepek jek kat blog aku nie..senang. Dah la office ni panas, badan pun letih, mood tak de. Asik seronok bercuti jek, ni la padahnye. hehehe

cite sket psl trip ke melaka.

Jumaat 26.12.2008

Aku ambil cuti semata-mata nk ke melaka ni. Dlm pkl 10 lebih min msg dari kota Singa, nk suruh aku menjemputnya. Agak-agak dlm pukul 1 lebih jugak la dia sampai, pastu hantar dia ke rumah, dlm 2 lebih br sampai rumah dan masa tu alina dah msg ckp on the way nk menjemput aku. Adeh, kelam kabut mcm lipas kudung la aku di buatnya.

Dlm pukul 3 kami bereempat, aku, alina,min & zamie bertolak ke melaka. Mcm2 jgk la dlm perjalanan tu, mne kereta zamie ada problem mana ada eksiden lagi. kira-kira dlm pukul 5 lebih kami sampai ke A Famosa.

Sampai je A famosa sesat plak, huhuhu mujur abg tepung dan abg marlb menunggu di hujung jalan. Selamat sampai dah nk malam. sampai je sibuk semua main game eh main gitar hero, haruk semua, kelakar je dah mcm mini konsert plak.

Wednesday, December 10, 2008

perjalanan hidup sepanjang 2008

Tanpa sedar, masa berlalu dengan pantas. sudah sampai penghujung 2008. Hanya lagi beberapa minggu menganjak ke tahun baru. Masa depan.

Banyak pengalaman yang ku kutip di tahun 2008, manis, pahit, suka, duka. Namun aku bersyukur, sekurang-kurangnya pengalaman hidup ini mengajar kita menjadi lebih dewasa. Lebih tahu mengenal isi hati sesama manusia, lebih kenal siapa lawan, siapa kawan. Dalam hidup kita takkan selamanya merasa bahagia, pasti ada rasa kecewa, ada duka.

Setiap manusia merancang kejadian tapi Allah yang menentukan, Jodoh, pertemuan, persahabatan, kejujuran, kasih sayang semuanya Dia yang tentukan.

Allah yang menentukan perjalanan hidup kita. Apa yang terjadi adalah kuasaNya. Sebagai manusia sudah jadi lumrah, ketika kita bahagia, kita lupa akan Nya, Tapi Allah masih syg kan kita , kerana itu diberinya kita dugaan dan rasa duka, maka kita akan terus beralih ke Dia. Sbb pada Dia saja la yang kita boleh mengadu, boleh menangis, boleh terus mencintaiNya. Kerana, setiap apa yang kita lakukan ada setiap anugerah yg akan diberikan. cuma kita belum sedar, kita tidak perasan atas kurniaan nya.

Walau di penghujung 2008 dugaan yang Tuhan bagi hampir melumpuhkan semangat ku, namun Alhamdullilah aku bersyukur sebab aku cepat bangkit. Aku tak terus jatuh. Terus lumpuh. Aku takkan biarkan diriku jadi lemah hanya kerana kegagalan aku dalam bercinta. Aku hampir menjadi seperti itu sbbnya aku rasa sgt tidak bernasib baik sbbnya dia tinggalkan aku kerana perempuan lain. looked at the bright side, he is such a loser, its a big waste to lose someone like me. Sangat kerugian pada dirinya kerana meninggalkan aku, im not perfect. Manusia mana ada yg sempurna, tapi ketidaksempurnaan itu akan cuba dialihkan dari kebaikan, namun, dia tidak lihat dari aspek kebaikan. Jadi ruginya adalah dia sendiri. Aku tidak rugi apa, kerana aku punya keluarga yg sokong aku dlm segala hal, ada kawan-kawan yg tidak mahu aku dipermainkan. Mereka la sumber kekuatan.

Kerana itu, satu yang kupinta di masa hadapan, ketenangan dan kehidupan ku yg lebih bahagia. Wallahualam.

Call me when ur'e sober

Don't cry to me.
If you loved me,
You would be here with me.
You want me,
Come find me.
Make up your mind.

Should I let you fall?
Lose it all?
So maybe you can remember yourself.
Can't keep believing,
We're only deceiving ourselves .
And I'm sick of the lie,
And you're too late.

Don't cry to me.
If you loved me,
You would be here with me.
You want me,
Come find me.
Make up your mind.

Couldn't take the blame.
Sick with shame.
Must be exhausting to lose your own game.
Selfishly hated,
No wonder you're jaded.
You can't play the victim this time,
And you're too late.

Don't cry to me.
If you loved me,
You would be here with me.
You want me,
Come find me.
Make up your mind.

You never call me when you're sober.
You only want it cause it's over,
It's over.

How could I have burned paradise?
How could I - you were never mine.

So don't cry to me.
If you loved me,
You would be here with me.
Don't lie to me,
Just get your things.
I've made up your mind.

Monday, December 1, 2008

Fish Spa

ini sewaktu kakiku di gigit manja oleh ikan di dalam kolam....

Tuesday, November 25, 2008

Mengidam

kalau jeno dok mengidam mcm2 aku plak lain..hehehe dok mengidam nak mkn nasi beriani plak..heheh.. x sabar nk pegi beli lunch nie..

Monday, November 24, 2008

dah lame x hapdet..

lme gak la x haddet blog nie, bkn ape mood hilang dua tiga menjak nie. Jiwa sedikit kacau. HOH sungguh. hurmm...rasa nya seperti mahu pergi jauh dari sini. Bkn niat untuk lari dari masalah tapi cume..cume lari dari keadaan sekeliling yg buat aku buhsan (x sama ke?). Kwn-kwn semua bagi nasihat jgn pergi dari sini, masalah tetap sama. Tapi entah la, nak kata aku masih lagi sedih, tidak la seteruk dulu. Cuma sgt buhsan dan sgt menyampah dan sgt jijik atas kelaku nye.

tak perlu la ingin menunjukkan sgt kebahagian kamu dgn si dia pada ku dan kwn-kwn aku. Iye, aku tahu kamu sgt bahagia, bagus la. Sbb itu yang kamu pilihkan? tapi, tidak perlu untuk meng war-war kan seluruh antero betapa bahagianya kamu.

Aku pun sedang mencari kebahagian dlm hidup. Mungkin bukan dengan mencari pasangan dan menunjuk pada kamu, mungkin kebahagian yang aku cari adalah untuk lebih mengenali diri ku sebenarnya. Lebih mengetahui erti hidup ini selain dari menjebakkan diri dalam kancah emosi percintaan.

Serik??? Ya itu la ayat yg sgt sesuai buat diri ku. Serik untuk aku bercinta semula. Memulakan satu persahabatan yang akan mencurahkan rasa sayang, kasih, rindu dan segala emosi di dalamnya. Aku serik. Tapi sekiranya Allah membuka pintu hati ku untuk berkasih semula aku pasti tidak akn menolaknya. "There a still a good men out there" cuma belum ketemu.

To Yati, Jaja, Min, Al, Sara, Zamie, Angah and to all my beloved dear friends, i want to thank to all of u. For the supports, an ear, a shoulder for me to cry on. Thanks again, Hanya Allah yang mampu untuk membalas jasa kalian. I LOVE U GUYS!!..

Dan buat diri ku, tidak perlu bersedih untuk kehilangan cinta ini, tidak perlu untuk bersedih untuk perkara yang sgt sia-sia seperti ini. Kamu masih ada ibu, akk, abg, adik, ank2 saudara dan kawan-kawan yg syg dah kasihkan kamu. Kamu tidak sendiri CIKYAH..kamu tidak keseorangan. INGAT!!

Sunday, November 2, 2008

Kasih.. maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu

Kasih.. engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya

Tiga malam tanpa bintang
Dan diriku dihimpit penyesalan
Arah tuju kian fana
Kerna hilangnya manira
Bagaikan siang diselubung gerhana

Kembalikan senda tawa
Pulangkanlah manis disenyum manja
Ku pahatkan keinsafan
Dan patrikan kesetiaan
Sehingga nadi menafikan nyawa

Kasih.. maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu

Kasih.. engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya

* waktu kau nyanyikan lagu ini hari itu, dan kau hanya memandang ku, aku tau kau maksudkannya.. kau rasa bersalah kerana buat ku derita. Tapi, kenapa kau tidak tinggal kan dia...

Thursday, October 30, 2008

Orang yang mencintai kamu....

Org yg mencintai kamu....


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melakukannya! ]
Don’t look at me and say goodbye...don’t whisper words to make me cry... just walk away if you have to go... you will break my heart but I promise I would never let you know...

Credit to mocchacino amnet...

Wednesday, October 29, 2008

Its complicated...

u choose to leave but u dont meant it.. u said u dont want but u still want it..u say u dont love but in your heart u cant lie..y u make things so complicated?? u dont want to remember but it still in ur mind..Y???

Sunday, October 19, 2008

Beraya


Raye di rumah edeed...kecik tapi chumel..

nk jadik pelakon??

smlm min ada offer,

"kak, nk jadik pelakon x??"

"cite ape?"

"ala cite mr mama, nk x?"

diam jap. tgh pikir...


mcm nk..kekekekeke..nk mengembangkan bakat lakunan ku ini..buleh??

"min, i think i accept ur offer."


KL..here i come!!!!!!!!!

knp perlu saya rindu kan awk???

Saya sakit hati sbb saya tak boleh nk benci awak. Saya benci dengan diri saya sbb asik ingat kat awak. Saya tak suke keadaaan ni. Sedangkan awak tengah bahagia dan saya mcm org bodoh yg asik ingatkan awak..

Smlm waktu pergi beraya ke rumah edeed, keadaan jadi lain, zami dan al amek saya dan min dtg ngan bijan. Saya sedih smlm tapi saya cuba nk cover kan keadaan. Bila balik rumah keadaan saya tak menentu, hati saya sakit, kecewa, malu..mcm2 la lagi.

Kenapa??? saya sungguh dan cukup tak suke keadaan ni.. sampai bila???

Thursday, October 16, 2008

Syukur

16.10.2008..ahli baru dlm keluarga kami selamat di lahirkan pada jam 3.15 ptg..tahniah ija..cumel sgt baby tu, mummy syg sgt nie..nt mmy letakkan pic baby kat sni k..

Aku beryukur pada mu Allah, kau selamat kan adik aku ija untuk melahirkan cahaya matanya yg ketiga. Alhamdullilah..

Monday, October 6, 2008

Wht is Fuc**** Wrong with U????????

U say u dont want me anymore, and im trying my very best to admit it bcoz u left me for a slut...and again u send me SMS saying tht u want me stop disturbing ur fucking life.. and thts wht im doing now..and wht bother u that makes u say to my friend that u had trouble when we were in love...just becouse im older than u..

lelaki.. perlu ke bila salah nye di tempat engkau dan perlu kau hebahkan pada semua kesalahan pada aku??? helloo!!! salah org ok... looked at u, kalau kau tu di tmpt yg betul, kwn kau tidak akan tgglkan kau dan cari aku ok...

Please la MOHAMAD ZUFRI BIN DOL...aku akan doakan ape yg kau buat pada aku ni akan dpt balasannya...itu doa aku setiap kali aku solat...

enuff says, Walked out the door coz Ure not welcome anymore!!!!

Friday, October 3, 2008

Hati Yang Terluka

Kan kucari jalan yang sunyi
Untuk menghindar diri darimu
Kuberjanji di dalam hati
Takkan lagi ku menjumpaimu

Di tengahnya kabut bermandi embun pagi
Dingin membuat hatiku membeku
Kau yang telah membuat luka di hatiku
Kau yang telah membuat janji-janji palsu
Kau yang selama ini aku sayangi
Kau merubah cintaku jadi benci

Di tengahnya kabut bermandi embun pagi
Dingin membuat hatiku membeku
Kau yang telah membuat luka di hatiku
Kau yang telah membuat janji-janji palsu
Kau yang selama ini aku sayangi
Kau merubah cintaku jadi benci

Tuesday, September 23, 2008

Tiada Lagi

Tiada Lagi
Sia sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda
Sampai kapan lagi
Ku harus menahan

Rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu…

Monday, September 22, 2008

"Its really takes time to heal the scars of love
If Only that we can easily forget all those memories and live another life,
then maybe its going to be easy walking away"

-fza-

WarKah Buat Seorang Lelaki...

Lelaki..

kau hadir membawa harapan
kau hadir dengan cinta penuh di dada
Kau datang dengan seribu janji
Cahaya cinta semakin menyinar
semakin hari semakin bercambah


Lelaki...

Ku fikir kau la pencinta yang setia
Ku korban kan segala
demi kebahagian cinta kita
Ku semai kasih semakin lama
Semakin kuat

Lelaki...

Kau bagi harapan
untuk bina istana bersama
Kite berjanji untuk cinta selamanya
Istana bakal dibina bersama cahaya cinta

Lelaki...

Kau dedikasikan lagu cinta
Sketsa Cinta kita bersama
Semakin utuh kurasakan cinta ini

Lelaki...

Tanpa sebarang alasan
Tanpa kata
Tanpa ucapan
kau pergi tinggal kan aku terkapai

Lelaki..

Mengapa??
Apa salah diri ku?
Apa kurangnya cinta dalam hubungan ini?

Lelaki...

Kau diam sepi
Tinggal kan aku mengubati luka sendiri

When I Called him a FUCKER!!!

adehh..bersejarah sungguh harini, dengan mendengar pengakuan dari seorang lelaki yg pernah aku sayang..ape rase kalau diri ini x diperlukan? sakit? pedih? kecewa??? aku rase diri ini teraniaya...dan dlm bulan yg mulia ini kebenaran akhirnya terbukti..Alhamdullilah..walapun sedih tp aku harus kuat,harus tabah..

pergi nye dia x semestinya tiada yg lebih baik untuk diri aku...

Monday, September 15, 2008

Yesterday was alina's bday

Zamie tetiba text aku, bgtau idea dia nk berbuka same sbb alin nye bday.. then i called my mum mintak permission sbb tglkan dia berbuka kat rumah sorang2, sian mak dah la demam.. then aku YM ngan al, pastu ngan min maka jadila kami berempat sepatutnya heri join, tp bos dia suruh keje (hangen). Kami berbuka di KR..Lapar smpai x sabar nk berbuka, kelakar sungguh.

Pas mkn Zamie dapat jugak beli baju raya yg diidamkan nya tu...Suke la tu, dah la abg tu kacak pakai jam baru..kekeke...

Anyway, al i want to wish a happy bday. Semoga ape yang kamu hajati tercapai..Amin

Sunday, September 14, 2008

setelah 15 Ramadhan...

Dah hampir separuh bulan kite berpuasa, dan aku x puasa smlm..gastrik menyerang, sakit yg teramat..demam ku yang masih x kebah..aduiii...kenapa ntah kali ni sakit jek..mungkin tahun ni tahun sakit ku..tadi YM la ngan si zeno, sbk dia ty aku bila nk ke kl..bila aku pun x sure..nk pg kena cuti, aku plak br keje kat tmpt br, cane la nk cuti..

Monday, September 8, 2008

Sempurna

Sempurna by Andra And The Backbone
Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu
Di setiap langkahku ku kanselalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Chorus :

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh kau bisikkan dan hapus semua sesalku

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna
Sayangku engkau begitu sempurna.. sempurna.. sempurna

Wednesday, September 3, 2008

Ed Mubarak

its ramadhan..3rd year without my Abah..tp nk buat cane..life must go on..

Tuesday, August 12, 2008

Coretan buat Abah

dah berapa mlm aku mimpikan arwah abah...doaku x sampai ke padanya?

Abah, i really miss u. Miss u so very much. Terasa ingin sekali salam dan kucup tangan abah yang tua itu, terasa sgt ciuman restu abah di dahi ni..tapi, semua dalam mimpi abah.

Kenapa abah pergi dulu? Tanpa pesan abah pergi, dah masuk 3 tahun ni bah. Ramadan kali ni dah 3 tahun tanpa abah. Teringat lagi, abah selalu cerita, arwah atok dulu selalu cakap dengan kawan dia, harap-harap adalah umur kita jumpa ramadan lagi, acap kali abah cerita, pastu abah nangis sebab abah rindu kat arwah atok.

Abah, maaf kan la kalau dah lama tidak jenguk abah di Mahmodiah tu. Cik yah tau abah pasti menunggu cikyah dan mak jumpa abah. Maaf abah. InsyaAllah sebelum puasa nanti cikyah datang dengan mak ye.

Abah, kadang-kadang cikyah rasa apa yang cikyah buat semua tak kena.. Mak tu rasa selesa ke tinggal dengan cikyah pun cikyah tak tahu. Macamana nk puaskan hati mak pun cikyah dah tak tahu lagi abah.

Abah, cikyah sayang abah, sayang sangat. Haritu cikyah tanya alya, ingat tak dia pada abah. Dia jawab dia ingat abah. Dia semakin kurus abah, konon nak jaga badan, hehehe, kelakar alya tu. Lepas tu asik la tanya kan pada cikyah bila cikyah nak kawen. Ija mengandung lagi abah, insyaAllah Bulan depan bersalin. Abah doakan semua selamat ye.

Abah, kadang-kadang kesian dengan mak, dia selalu tinggal sorang, sunyi. Dia selalu berdoa biarla dia ikut abah, tapi abah, cikyah belum bersedia lagi. Tak sanggup kehilangan dia pulak.

Abah...nt ada masa kita cerita lagi ye..Semoga abah aman di sana..

Al-fatihah

Sketsa Sebuah Cinta

Ada apa dengan cinta?? Rindu, resah, sayang, duka, lara...hari ini membuat kan aku ingin menulis tentang cinta. Ketika aku membaca blog seseorang tentang hati duka, aku jadi sedih, sayu secara tiba-tiba..

Cinta memang indah, tatkala berdua terasa dunia diri yg punya, tapi bila di landa badai, bergolak seketika. Hati jadi gundah, murung dan tidak bahagia. Hebatnya panahan cinta. Ini la sketsa Cinta.

Bila bahagia, hati riang segalanya cerita semua tentang dia...waktu bercerita mata bersinar, bibir terukir senyuman dan wajah bercahaya..

Bila duka, wajah jadi murung, tidak bercahaya..sewaktu memikirkan si dia, dada jadi sebak, kecewa, marah..


Itula cinta...


























Thursday, August 7, 2008

starting a new job next month...

new pay..new place..new friend..hoh...starting 3.9.2008..wish me luck guyss..

Monday, July 28, 2008

HuTaNg!!! BeBaN!!!!!

Aku sedih, benggang dan sangat kecil hati harini...Perlu ke kerana mak aku tau sbb aku buat personal loan mse aku nk kawen dulu, aku ni dituduh menyusahkan hidup dia??? sampai mcm tu sekali ke?? Beban ni yg aku cari sendiri, nk buat camne.. dan aku ikhtiar tgh nk settle kan hutang tu ngan bank..rugi yg banyak bila aku called-off wedding tu, tp aku nk buat camne?? i make my own decision..mmg la aku x discuss ngan mak mse nk amek loan infact mak mmg dah puas nasihatkan aku jgn amek loan. Tp nk buat camne, skrg ni sume nye duit dan aku x de cara lain mse tu..

Sekarang ni mmg la beban, mne nk bayar duit kete lagi, minyak lagi pastu duit loan tu lagi..aku cube sedaya upaya untuk settlekan ni, dan ye sekarang ni aku desperate nk keje lain yg dpt gaji besar sket, so aku bleh la bernafas...

Tapi tuduhan tu..teruk sangat la..jahat sgt ke aku ni?? aku buat loan tu pun sbb x nk menyusahkan dia ngan abg aku waktu tu..tapi...ada org faham masalah aku??? sedih sgt la, apalah nasib aku ni..beban pada famili..umur dah 30 tp still x kawen lagi, menyusahkan mak ngan famili aku yg lain...Rasa mcm nk lari, nk pegi jauh..keje kat tmpt lain. biar mak tau yg aku x kan menyusahkan dia lagi..yg dia x payah nk fikirkan beban yang satu nie...

Wednesday, July 9, 2008

dah lme x menulis di blog ku ini

beku pale ni xde idea nk nulis..pagi tadi benggang gak, dah la ade kete blocking kete gue pastu kete dia x leh nk bukak plak..hei..benggang giler..dah ler aku ni lbt pastu leh plak ada kejadian cengini...tensi tensi!! Mcm2 hal. dah la d nye loan nk beli moto x lepas sbb 2 bln sangkut bayar duit kete..heii..sume nye nk duit..duit..duit..

Sunday, June 22, 2008

Outing with d's famili




8.30 a.m aku tgh nyenyak tido sbb mlm tu ujan smpi pagi..syok woo..tetiba ada org call cell phone aku "private number". haram aku x angkat. Then phone umah plak bunyi, rupenye d, dia ckp mak dia nk ckp kat aku.Pujuk aku suh ikut diaorg p muar..malas nye!!! tapi nk amek atinye pasal, ikut.




9.25 a.m gerak dari umah aku p umah d.




10.10 a.m gerak ke muar. Hujan sepanjang jln. Berhenti kat machap, kencing. Pastu mse nk turun air ali cafe d tertumpah kat jeans aku. hangen.




12.30 p.m smpi kat muar trs menuju ke quaters abg lan, ya Allah rupenye dekat ngan umah lme aku..nostalgia




1.30 p.m makan time, lapar giler wei... mkn nasik, lauknye ikan semilang msk asam pedas, jantung pisang, sambal belacan..merembes..siap bertambah aku..




3.00 pm ajk d dan angkut 3 org ank sedara dia p jenjln kat muar, jenguk ke rumah lme ku. No. 49-1, Jalan Durian, Kg dato Seri Amar diRaja, Muar. Masih seperti dulu..kenangan. Pastu p kat tjg emas tgk monet ngan biawak..hahaha..lawak tol..sbuk amek gbr dlm kete, pastu bila monyet dtg dekat aku jerit mcm hape..pastu ble dah puas tgk monet..singgah ke 434 coffee shop kat muar, beli kopi, kaya & bun




4.30 p.m smpi umah trs buat kopi, mkn roti bakar, pastu abg lan ngan abg mi, bwk balik mee bandung..layannnn...




pastu lek..then smpi jb kol 11.00 mlm..letih




sekitar smbutan b'day ku dimlm jumahat







Friday, June 20, 2008

when i called subash a superhero

as i promise this guy that im gonna write his succesful stori this morning after his court case. If he can get 50% from the Judge to reduce the bail amount for today's case and im gonna called him a Superhero...at 12.30 p.m he entered the office door with a big smile and say, "munira, u have to keep ur promise, i get a 50% discount from a judge for the bail amount"..hehehehe..see, i told you that with your sweet talk for sure judge will allowed you...

Anyway congratulation to u Subash..because i can see a smile at makcik face when im having my lunch . She thought she cant bail her husband out today as to the bail amount is abt 10k..now at least she can find money to bail her husband out only for 5k..

Thursday, June 19, 2008

20.6.2008 (Its My B'day!!!)


20.6.2008..im getting 30 today!!! Yippie!!! yesterday i start looked at my face and yes i think i can see a little bit of my wrinkles..hahahaha..start wnt to use olay total effect...well, im hoping this year will bring me joy, happiness, full of love and more money!!! i pray and hoping tht next year imgoing to celebrate my b'day as a wife not as a single old lady anymore...

tht nite, me,al,d & zamie ahd dinner at our port pastu p tgk kungfu panda..thts it..

Wednesday, June 18, 2008

CuRaNg

kenapa perlu x bersikap jujur dlm satu perhubungan? Kenapa perlu tidak setia pada yg satu? Perlukah beri perhatian pada org lain sedangkan ada insan yg lebih memerlukan perhatian?
Ini la soalan yang selalu bermain di fikiran aku, sara (bkn nama sebenar) sudah bertunang dalam usia yg pada ku muda, 22 tahun dan pasangannya 23 tahun, tapi selalu menghadapi masalah dlm perhubungan. Sudahnya kantoi di Myspace. Salah ke internet? Dunia tanpa batasan ni? atau individu itu sendiri?
So, persoalannya sekarang, kenapa mesti ada sikap x pernah puas dlm sesuatu perkara yang kita buat? sampai bila sara akan menanggung derita akibat perilaku tunang nya yang mungkin boleh dikategori kan sebagai "tidak jujur", dan knp sara masih lagi setia. Mungkin kerana cinta?


this is noi and her baby..sweet..i miss our sweet time dolu-dolu during our sekolah time..heheh..my god u looks like a boy my dear..but still cant hide ur cantek boobs..hehehe..and now look at you, u change to be a women..ahaks.an a little kiki so sweet, when i look at her i see u when u are little comel & comot..

Thx to facebook

thx to facebook, kat situ la aku leh jumpe adik angkat aku yg ah lost contact since highschool, my fav cousin yg dah lme giler x jumpe..ramai la..so thx to you facebook.

Tuesday, June 17, 2008

this is wht we called life..

Yesterday im watching Oprah..which was one of my fav show..the stori of a single mum at the age 43, and have 3 children..her life was really, really hard, to raise 3 children, sent them to school and she do two works at one time, end up in the midle of the months the balance in her account only left 19 cents?? it tough..u know wht she do to make her life better with the 3 kids, she become an exoctic dancer at this exclusive club and get pay 30k US dollars every month!

Beside, she working abt 3 dys a week, and can spend time with her kids, teach them homeworks, and all the kids are doing well in their studies..Good! When lisa ling (oprah correspondence) ask the 13 year old daughter abt wht that her mother do for a living and wht are her reaction whn she knows the truth. She says, " i was shocked at first, but then i realise, mum do this bcoz she want us to have a good life, i dnt care wht other people says abt mum, bcoz they all dont knw wht she had been through in her life"..they all was very impressed by the answer of her daughter.

She's only a 13, but she knows how hard the mum want to raise them and took a risk of doing job that people might talking bad abt her and all the circumtances that she have to take..

honestly, i realy admire this women, she is strong enough to take any risk just want to raise her kids and get more money..yeah, in this world money is everything. She is living with the ex hubby more than 8 years without a phone, and only cook for the kids whteva the hubby brings stuff to cook..life is so miserable tht time, but now.. she's win, she can smile, eventhough the works its not nice to hear..but she did well being a mother.

LoNeLy

im all alone...lonely...miss my mum a lot..

Tuesday, June 3, 2008


mee bandung muar yg merembes..

Nyum Nyum


Nasi Ayam Goreng berlada...


Melaka & Muar on 1.6.2008


Cousin aku kawen kan ank dia kat bertam, Melaka...cucu pertama arwah abah aziz yg kawen..heiii.ank sedara dah kawen makciknye belum..huhuhu..sekejap je singgah dlm 2 jam lepas mkn borak kejap pastu dah nk chow.malas nk stay lame sbb jumpe ngan org yg dah kutuk keturunan aku..jgn harap aku nk layan muke ko la..


pastu, trs ke Muar sbb mak nk beli belacan ngan kopi 434 tu..hehehe..


Kesian kat d, dah la x makan lagi, kire2 dlm pukul 4 lebih baru la dia dpt mkn ..d makan nasi ayam goreng berlada..aku ngn mak bedal mee bandung..mmg merembes arr..leh lepak lagi kat situ...

Monday, June 2, 2008

gegas ke airport





tgh get ready nk tunggu van dari PDRM nk antar famili akk aku ke KLIA..


Dlm pkl 10.30 pg tu bila van dah smpi, kiteorg trs gegas ke KLIA lepas org azan..



dlm 1 jam setengah tu smpi la kiteorg di KLIA..


lme gak la lepak kat KLIA tu sbb flight akk dlm kol 3.30 ptg..tp we all x tnggu coz dah nk balik jb..



Sedih campur gembira sbb diaorg nk mengerjakan umrah, doaku semoga sume berjln ngan lancar..





28.5.2008..


dlm pukul 11.00 mlm br tiba kat umah akk yg baru ni di Cheras, itu pun dah sesat smpi msk kat highway sungai long yg menyeram kan..


tido mlm tu dlm pukul 1.30 pagi, tpx nyenyak la sbb amir arshad mengamuk x leh nk tido..ekceli start dari dlm kete dia dah meragam..


Geram tol aku ngan antu yg kaco dia tu...


Pagi pukul 6.00 mak dah kejut suruh bgn, dah la aku piyed pastu aku yg dikejutnye dulu..HOH..

Pagi2 dah kecoh, d sibuk cuci kete sbb kete aku kotor giler, cuci punye cuci xde air, terpaksa la d pegi petronas ambik air sbb kete aku dah bermandi sabun..hehe..




Tuesday, May 27, 2008

i dont Pleased you ok!!!

enuff said..im sick of you!!!

Ape kes la..perlu ke setiap ke mana aku pegi aku kne bgtau kat ko ke???? Heii..aku x bgtau sbb aku x nk ko rse kecik hati kononnya sbb nk jaga sgt hati ko yg veri fragile tu.. tp ko sng2 nk ty org sne sini..apsal ko x nk ty aku???

Biar aku explain kat ko!!!

Monday, April 28, 2008

Triple Date SM yg Sekejap


aku diapit oleh dua bintang SM..hehehe..mcm janji je there all ni nk pakai merah..comei jek..

cake, len kali lepak lme sket k...

SM




hanging out wif the SM Member...
karaoke ngan al, gm & terd wif me as well

ekceli mse tu janji nk jumpe ngn cake sekali, k.oren klu dia sempat la..end up kite berempat je, double date..hahaha..jadi jugak la..memula layan minum ngan mkn pancake kat SS..geram sbb pancake x dtg, hua hua hua tu yg mkn pancake..pastu zamie aka gelimat pun plan arr nk p koke kat diva. tu yg layan koke smpi 2 jam pastu we all p mkn plak Yong Tau Fu kat Kg Melayu..layannnn...

Semua lagu layan, paling x leh handle bile d nk nyanyi lagu inul..perghhh..x layan...hahahaha




i wish you both were here



alya and adik, mummy miss u all so very much..wish u both were here..

alya, mummy nk kakak kne pandai belajar tau, jgn noti2 kat umah nenek tu. Be a good girl as u always do.

amir arshad, walaupun adik x faham lagi, tp mummy nk adik jgn noti, mcm aritu mama kata adik terjatuh dari kerusi smpi berjahit dahi tu. heii..cmne mummy ngan mak nk p tgk adik, bknnye dekat tau. So, adik baik2 la klu main2 tu..ok..

urmmm...ujan..Alhamdullilah..dah berhari panas terik, tidur pun x lena..berpeluh-peluh, baru lega dpt hujan. arini dh msk 29hb, dah nk hbs bulan, pastu msk bulan 5 plak. semakin hari semakin pantas mse berlalu, aku mcmni jugak. Kdg-kdg terfikir ape matlamat aku untuk mse depan? aku ni x de rancangan ke nk majukan diri, atau msh lagi di takuk lame?
Rancangan tu ada, impian aku nk buka kedai makan, at least mcm kopitiam, tp modalnya besar la dan perlu cari tmpt sesuai, x selamanya aku akan kerja kat legal firm nie jek. Please, im too tired. Letih, nk fikir, nk layan kerenah "mem" aku yg selalu hangen sbb hubby dia x balik umah..arghhhhh!!..
Bulan 6 nt aku genapla 30 tahun, MasyaAllah dah tua aku ni..huhuhu..xde masa sebenarnya nk bersenang-senang lagi. Cuma masa aku ni terbatas sgt, keluarga aku masih lagi control hidup aku. Aku x blh ke sana ke sini sesuka hati. Sume kena repot kat mak la kat abg la kat akk la..Arghhhhhhhh!! Mmg tension, ikutkan hati aku nk lari je, biar diaorg tau yg aku blh hdp sendiri. Tp aku x sampai hati plak nk tgl kan mak. Jahat2 aku pun, masih lagi aku ingat kan dia, x nk nt ank aku akan buat yg sama. Karma beb.
So, whteva it is, im still stuck in here. whether i like it or not..

Tuesday, March 4, 2008

my two little angels..





5.3.2008

dah lme gak aku x menulis di blog nie..heii..mcm2 yg terjadi dlm hidup ku 2-3 hari ni..aku ni seorang pendendam ke? selalu aku fikirkan tp rsenya aku bukan jenis yg mcm tu..Tapi sekarang ni manusia yg paling aku benci di muka bumi ni adalah adik iparku..hidup ija terseksa..kesian kat alya dan amir arshad, buah hati mummy ni, dan sekarang ni yg ada dlm perut ija. Apa la dosa ija sehinggakan mendapat balasan hidup di dunia ni bersuamikan lelaki yang perangai mcm hanjeng..x pernah nk menghormati org lain, x penah nk hormat ngan mak dan arwah abah aku..Sungguh benci aku dengna lelaki ini.
Kesian kat mak, setiap hari asik fikirkan hal ija, hal aku lagi yg belum kawin. Aduii..mak selalu kata, makin tua ni makin besar dugaan yang Allah bagi. Pernah satu hari mak menangis, mak kata kenapa abah tinggalkan dia seorang untuk menghadapi dugaan mcm ni. dia tak mampu nk tangani seorang. Maaf mak, kalau aku selama ni menyusahkan.Insya Allah mak, aku akan menjaga kau sehingga ke akhir hayat ini..
Ya Allah..Sesungguhnya kau maha pemurah Ya Allah Maha Pengampun. Kau Ampun kan dosa adik aku Ya Allah, kau berikan kehidupan yang sempurna dan bahagia kepada dia Ya Allah. Ya Allah, kau tenangkan hati ibuku Ya Allah. Aku mohon YA Allah, semoga kau lancarkan rancangan aku ingin mendirikan masjid Ya Allah. Tanpa Ganguan sesiapa.. Amin

Monday, February 18, 2008

BoRiNk...

Buhsan la.. nk masuk forum pun x de mood.. npe ntah nie.. nk tulis kat blog pun x de idea..boss pun xde nie..ape la nk buat ni..min plak ajk p cherating...besh gak..mcm nk p..x tau laa...fenin..hari ni aku berYm plak ngan si nani..dah lme giler x jumpe dan x bersembang..ingat kan dia dah peknen, lom ade rezeki gaknye. ape nk buat balik ni? mak dah x kasi kuar mlm.. sbb sibuk psl cik pon kat area umah ni plak.. buhsan aaaaaaaaaaaaaaaa

dengan budak gonjeng teman ku di opis...
this is my lovely late dad..Al-Fatihah

SUcKSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Benggang tul spe la perembat cincin yg arwah abah bg tu.. mmg sialan la klu ade org yg ambik..ape la nasib aku ni.. dugaan demi dugaan la..mcm2 kne hadapi..bknnye aku x leh nk terima kenyataan klu kehilangan harta tapi, ini la harta yang paling syg..hadiah dari Arwah Abah.. sape yg ambik tu..rsekan la..aku cume mahu ko pulang kan..

Tuesday, February 12, 2008

kehilangan....

14.11.2005 & 12 Syawal

Pada jam 9.00 Pagi aku mendapat panggilan dari abang..waktu itu mak, akk dan ija dlm perjlnan ke Hospital. Aku tidak sihat, migrain teruk pagi tu..abang dengan tenang bagitau yang abah dah xde.. Ya Allah! masa tu x tau nk buat ape..aku dengan x sedar terus meraung dan terduduk. sbb aku mcm x percaya yang aku dah xde abah lagi.semalam nya, aku ingat lagi abang kata keadaan abah dah stabil, heart beat ok. InsyaAllah esok abah akan sedar..kami gembira, mak bgn pagi, bersihkan rumah x sabar nk jemput abah dari hospital, namun Allah yang lebih berkuasa. Kepadanya kita kembali. Dengan berita baik tentang keadaan abah di sambut dengan berita yang amat menyedihkan esoknya. Aku harus terima, harus tabah. Walau hakikatnya aku x mampu nk teruskan hidup. Ya, abah lah penguat semangat kami adik beradik. Dia seorang pendengar yang baik, kawan yang baik walaupun pada zaman mudanya dia adalah seorang amat tegas, garang. Tapi, dia sungguh bertanggungjawab dan amat menyayangi aku.
Tengahari itu, jenazah abah di bawah ke masjid. Rumah kami kecil, dan abah pun bekas imam masjid itu jadi ada lebih baik di bawa ke masjid. Dia di mandikan di sembahyang kan.. wajahnya bagai sedang tidur. bau jenazahnya harum seperti bau bunga melor. walaupun dah 6 hari abah tidak dimandikan. Alhamdulillah..itu bahagian abah. Abg ipar ku masih dlm perjalanan ke JB. Waktu Zohor dah berlalu, abah berpesan pada aku dan abang aku, sekiranya umur dia x panjang, dia mahu jenazahnya dikebumikan tanpa lewat. tidak perlu menunggu sesiapa, jgn sampai terlebih dua waktu. Kami ingat, dan walaupun tanpa kehadiran abg ali, kami bertolak ke tanah perkuburan mahmodiah. dan, abang ku berbisik, "Abah, kalau ade jodoh abg ali nk jumpa abah, dia akan jumpa". Dengan kuasa Allah, setibanya kami di tanah perkuburan, abg ali pun tiba, aku sendiri tak tahu betapa lajunya abg ali drive. Tapi dia dpt menatap wajah abah dan menyambut jenazah abah sewaktu di liang lahad.
Masuk aje waktu asar abah selamat di kebumi kan. Dan sewaktu talkin di baca dan tahlil aku cuba menahan sebak. Aku lihat mak, akak, abang, ija..semua menahan sebak. Kini abah disemandikan, kami tinggalkan abah seorang diri. kami berdoa agar roh abah ditempatkan di golongan orang beriman. Kami akan mengikuti abah satu hari nanti..
Abah, rindu sangat hati ini, tak dapat lagi kucup tangan dan mencium dahi abah setiap hari. Tiada lagi gelak tawa, gurau senda. Tiada lagi arahan dan nasihat dari abah. Abah, andai waktu dapat diulang akan ku jadi anak yg lebih taat. Maafkan aku abah, sekiranya aku kurang membahagiakan hidup abah sewaktu hayatmu. Maaf sekiranya kini aku masih lagi gagal menjadi anak yang baik bagi mu..Abah..sesungguhnya aku amat merindui mu..

The Most ImPortanT PerSon In MyLiFe




my little angel..Alya



akk ku dan ank sedara ku.. i love u all






Ibu..kau la permata hati ku..terima kasih Allah kerana menganugerahkan ibu sebaik ibuku..
Abang ku..picnye enggak ade..thx to u and i always love u..
My Late AbAh...Nasihat dan kenangan sentiasa berada di hati..I Love U & Miss U Soooo Much..Al-Fatihah
ija..adikku

Monday, February 11, 2008

MuAr @ 9/2/2008


trip to muar..its a borink trip for zami i guess..asik sibuk mintak nk mandi laut la nk mandi air terjun la..hehe..and maybe its a good trip for jeanne..i guess..ahaks...we arrived from Yong Peng (edeed's wedding) abt 130 pm.. its damned hot..panas giler..then later that evening we reach at Sabak Awor Jety's...Makan..nyum nyum..makan mee bandung, sotong tepung, udang tepung & ikan siakap 3 rase..perghhh..merembes la..tp x sempat nk ambik gbr makanan tu sbb u all dah lapar tahap cipan..ahaks... it was windy..hangen bertiup sepoi2 bahasa..nyaman la walaupun kekedg terhidu bau lumpur yg kureng menyenang kan..


to zami..sori ye, next time kite p tmpt happening.. sbb dah lme x balik muar since sume boikot famili lepas arwah abah meninggal..ni la br nk balik, itu pun lepak kat umah mak abg ali..huhuhuh..


well, bila balik muar jumpe akk..kne la pki tudung..hehehe jahat je aku ni..




F.R.I.E.N.D.S


i love my friends which is close to me rite now..im glad to have Alina, Zami & min..they were superb.. we lough together love taking pics..eventhough sometimes min do irrited me ..hehehe...but i enjoyed have them as my pren rite now..

this pic taking when we go for our 1st holiday at casa rachado, PD..the apartment sponsor by min.. credit to her..


we are planning to go to shopping at singapore this up coming June.. Cant wait..hehehe...


p/s : LoVe U GuYsssss

Sunday, February 3, 2008

Februari muncul kembali

Tahun 2008 dah masuk bulan ke 2..sekejap jek..tapi permulaan yg kurang baik buat diri ku tahun ini..hurmm...i hoping for a good year for me this year..but..Allah yang menentukan segalanya..Kini februari tiba..aku mengharapkan yang terbaik akan mendatang..

i think i need a holiday..i want a very peaceful holiday..beach..sand..nice view..tapi bila? masa dan kewangan yg blm ada..huhuhu...nk tunggu duit tu ade urmm sampai bila la x p holiday camni...hehehe..

Februari..aku mahukan sesuatu yg ajaib akan berlaku dlm hidup ku sekarang ini..