Wednesday, December 10, 2008

perjalanan hidup sepanjang 2008

Tanpa sedar, masa berlalu dengan pantas. sudah sampai penghujung 2008. Hanya lagi beberapa minggu menganjak ke tahun baru. Masa depan.

Banyak pengalaman yang ku kutip di tahun 2008, manis, pahit, suka, duka. Namun aku bersyukur, sekurang-kurangnya pengalaman hidup ini mengajar kita menjadi lebih dewasa. Lebih tahu mengenal isi hati sesama manusia, lebih kenal siapa lawan, siapa kawan. Dalam hidup kita takkan selamanya merasa bahagia, pasti ada rasa kecewa, ada duka.

Setiap manusia merancang kejadian tapi Allah yang menentukan, Jodoh, pertemuan, persahabatan, kejujuran, kasih sayang semuanya Dia yang tentukan.

Allah yang menentukan perjalanan hidup kita. Apa yang terjadi adalah kuasaNya. Sebagai manusia sudah jadi lumrah, ketika kita bahagia, kita lupa akan Nya, Tapi Allah masih syg kan kita , kerana itu diberinya kita dugaan dan rasa duka, maka kita akan terus beralih ke Dia. Sbb pada Dia saja la yang kita boleh mengadu, boleh menangis, boleh terus mencintaiNya. Kerana, setiap apa yang kita lakukan ada setiap anugerah yg akan diberikan. cuma kita belum sedar, kita tidak perasan atas kurniaan nya.

Walau di penghujung 2008 dugaan yang Tuhan bagi hampir melumpuhkan semangat ku, namun Alhamdullilah aku bersyukur sebab aku cepat bangkit. Aku tak terus jatuh. Terus lumpuh. Aku takkan biarkan diriku jadi lemah hanya kerana kegagalan aku dalam bercinta. Aku hampir menjadi seperti itu sbbnya aku rasa sgt tidak bernasib baik sbbnya dia tinggalkan aku kerana perempuan lain. looked at the bright side, he is such a loser, its a big waste to lose someone like me. Sangat kerugian pada dirinya kerana meninggalkan aku, im not perfect. Manusia mana ada yg sempurna, tapi ketidaksempurnaan itu akan cuba dialihkan dari kebaikan, namun, dia tidak lihat dari aspek kebaikan. Jadi ruginya adalah dia sendiri. Aku tidak rugi apa, kerana aku punya keluarga yg sokong aku dlm segala hal, ada kawan-kawan yg tidak mahu aku dipermainkan. Mereka la sumber kekuatan.

Kerana itu, satu yang kupinta di masa hadapan, ketenangan dan kehidupan ku yg lebih bahagia. Wallahualam.

5 comments:

Anonymous said...

semoga tahun hadapan kita mendapat kehidupan yang baru... amin

al said...

amin

bacteria said...

saba ye mun.. insyallah tahun depan dpt bf lagi best.. kekeke..

MooN said...

thx guys..hopefully zamie..hehehe

Anonymous said...

huhuhuhuhu.....i doakan u dpt yg terbaik...amin...