Terlintas di minda dan lantas jejari menekan keyboard untuk menaip. Sepanjang tahun baru ni apa yang menarik?? Hurmm..masih tiada apa-apa..contohnya, konon azam tahun 2011 ni nak la buat Manhunt, akan tetapi dah nak masuk bulan ke Dua masih lagi di takuk lama. Kenapa? sebabnya malas. Dalam fikiran ada ke lelaki yang baik dalam dunia ni? Sebabnya, banyak contoh terdekat yang sangat menghampakan. Ada yang masih lagi di takuk lama, kononnya nak berubah, namun pasangan nya masih lagi terseksa. Boleh dikatakan Fobia, paranoid dan senang cerita seronok menjadi 1 aka single. Bosan kan? ceritanya masih sama, masih tak berteman.Amat lah tak seronoknya nak cerita.. Hua Hua Hua.
Cerita yang lain tapi masih masalah yang sama, nama tak perlu di sebut. Cuma mahu dia tabah untuk menghadapi dugaan dalam kehidupan, sekiranya si suami masih tidak berubah, sudah sampai masanya untuk dia hidup sendiri. Sebabnya, ada laki pun buat ada jek, jadi nak buat apa. Senantiasa dengan masalah yang sama sampai semua orang dah naik muak dengan perangai si suami. Tak suka bercerita pasal rumah tangga orang, cuma rasanya mana keadilan dalam dunia ni kalau lelaki yang kita panggil suami tapi tak layak untuk jadi suami?? Salah kita yang memilih atau nak salahkan takdir?? Moral of the story, pilih la suami yang ada kualiti. (Nasihat untuk diri sendiri).
Jadi, ini lah asam garam kehidupan. Payah untuk puas kan hati semua pihak. Si isteri nak jaga hati suami dan anak-anak, si anak pula nak jaga hati emak, di adik perlu jaga hati abang atau akak. Hati sendiri?? Jaga sendiri la.
No comments:
Post a Comment