Monday, February 7, 2011

Asam Garam Kehidupan

Terlintas di minda dan lantas jejari menekan keyboard untuk menaip. Sepanjang tahun baru ni apa yang menarik?? Hurmm..masih tiada apa-apa..contohnya, konon azam tahun 2011 ni nak la buat Manhunt, akan tetapi dah nak masuk bulan ke Dua masih lagi di takuk lama. Kenapa? sebabnya malas. Dalam fikiran ada ke lelaki yang baik dalam dunia ni? Sebabnya, banyak contoh terdekat yang sangat menghampakan. Ada yang masih lagi di takuk lama, kononnya nak berubah, namun pasangan nya masih lagi terseksa. Boleh dikatakan Fobia, paranoid dan senang cerita seronok menjadi 1 aka single. Bosan kan? ceritanya masih sama, masih tak berteman.Amat lah tak seronoknya nak cerita.. Hua Hua Hua.
Cerita yang lain tapi masih masalah yang sama, nama tak perlu di sebut. Cuma mahu dia tabah untuk menghadapi dugaan dalam kehidupan, sekiranya si suami masih tidak berubah, sudah sampai masanya untuk dia hidup sendiri. Sebabnya, ada laki pun buat ada jek, jadi nak buat apa. Senantiasa dengan masalah yang sama sampai semua orang dah naik muak dengan perangai si suami. Tak suka bercerita pasal rumah tangga orang, cuma rasanya mana keadilan dalam dunia ni kalau lelaki yang kita panggil suami tapi tak layak untuk jadi suami?? Salah kita yang memilih atau nak salahkan takdir?? Moral of the story, pilih la suami yang ada kualiti. (Nasihat untuk diri sendiri).
Jadi, ini lah asam garam kehidupan. Payah untuk puas kan hati semua pihak. Si isteri nak jaga hati suami dan anak-anak, si anak pula nak jaga hati emak, di adik perlu jaga hati abang atau akak. Hati sendiri?? Jaga sendiri la.

Thursday, December 16, 2010

Rezeki di BUMI ALLAH luas

Lama tak mencoret di tinta ini since my last wrote. Hurmm.. dan penghujung Disember. Melalui satu transformasi di tempat baru. Yes!!! a new job for me since sekian lama kerja di tempat lama yang penuh stress..

Rezeki ini ALLAH yang beri, dengan izin nya aku dapat kerja di company nie. Ye, aku dapat tau firm baru aku ni nak pakai staff dari kawan baik aku lin, dia memberitahu kawan dia ni iaitu aku yang dia ke sini untuk interview. Yes, i also excited becouse its a good firm, dan waktu itu aku tak pernah terfikir untuk keluar dari firm lama.

Tapi, semakin aku stress dengan Lady boss, aku pun teringat akan cerita dari lin mengenai firm ni. So, i give a call to this firm, and yes they are still looking for a litigation clerk. Di sini mahu jelas kan sesuatu, IT WAS AN OPEN INTERVIEW. Sorry and no offense im not taking this job from you if this wht u claimed. Once aku email resume petang dia kol untuk interview. hari kedua Ramdhan aku pergi untuk interview dengan doa dan harapan. Alhamdullilah, sekali interview dan aku jawab dengan sejujurnya aku dapat job ini.
Bila aku updated status di fesbuk, lin terus chat dan tanya aku. Dan aku ada bg tau lin , aku TIDAK ada niat nak rampas kerja ni kalau dah dijanjikan untuk dia. Tapi dia pun cuma datang interview sahaja kan??? Dan aku juga ada bagitau dia sekiranya dia terasa dengan apa yang dapat, aku minta maaf. dia jawab, rezeki masing-masing. Demi ALLAH aku tak tau ape yang aku buat ni buat kau benar2 terluka. Dan untuk lia, kenapa hasru cerita di blog seperti aku ni sangat kawan yang JAHANAM??? I thought u know me but u just dont know me. *sigh*
Sekiranya, kau rasa kan ape yang aku buat pada lin salah, kenapa kau tak sendiri tanya depan muka aku dan jelas kan ape yang aku buat ni salah!! kalau itu yang kau rasa. Kenapa perlu buat aku terasa seperti ada yang tak kena atas persahabatan aku lin dan kau??
Aku bukan nak jadi anjing menyalak sana sini untuk beritahu aku ni benar aku tak salah atau apa
Aku cuma kecewa. Sekira rezeki yang Allah bagi pada aku ini buat kalian rasa tersinggung. Aku minta maaf. Macam yang kau tulis, Rezeki di bumi Allah luas. Nah, aku percaya satu hari nanti lin akan dapat kerja dan gaji yang jauh lebih dari aku. Itu doa aku. So, aku muhasabah diri, apa yang berlaku buat aku makin jelas erti persahabatan. Terima kasih.

Monday, September 27, 2010

PicK Me Up by Zoe Rice

baru je habis baca novel ni..thx to Al sbb bg pinjam..hehehe..setelah sekian lame baru selesai membaca. What a great stori..lepas baca tu ada sedikit terfikir, bahawa pasti akan ada yang 'terbaik' untuk diri ini. Jodoh ni payah kalau kite nk sibuk nak cari, kalau nk tunggu je pun payah jugak..jadinya, kite berdoa je la.

bottom line is, nk cerita sikit pasal buku tu..hmmm..yelah, dok kite impikan, kejarkan jejaka idaman. rupe-rupenya jejaka idaman tu depan mata. terpacak depan kite selama ni, selama yang kita tak sedar akibat asyikkan pada orang lain..soalnya, ada ke yang depan mata aku sekarang ni?? kalau ada pun, dia sedar tak yang aku sayangkan dia...

Soalnya hati....

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan datang lagi...

hari ni hari kedua datangnya Ramadhan, cukup 5 tahun berpuasa tanpa Abah.. Ya Allah, betapa aku merindui nye Ya Allah. Kali ni bila berpuasa tanpa abah, keadaan dah tak sama. Abang pun dah jarang datang rumah. Sibuk mungkin. Sekurang-kurangnya talipon la pada mak tu. Tiap hari dia tunggu abang kol. Kenapa ye?? Sampai satu malam tu mak cakap. Cikyah, Agaknya mak ni dulu selalu tak tanya khabar Tok Abah, jadi sebab tu la mak kena macam ni dengan abang awak. Aku diam. Tak boleh nak jawap. Setiap manusia ada akal dan fikiran untuk fikirkan. Ingatlah selagi dia ada. Jangan nanti kita yang menyesal. Bukannya kita tak tua.

Beza sungguh. Masa ada abah tu, lain la. kami bertiga berbuka. Solat terawih bersama. Kini, aku dan mak jek. seronok juga bila tgk mak happy. dapat pergi masjid, solat terawih. Tapi...kalau mak takda, aku macamana ye??

Monday, July 26, 2010

This Is Life

This is what we called life...tak semua kejadian dalam hidup ni akan sama. ada yang datang dan pergi. Ada yang masih lagi setia tak lupe juga yang mudah lupa. Unpredictable .. Unexpected..mcm2 lagi la.. tapi, hidup mesti diteruskan. Kalau dah x sudi nak cari kite baik kite lupekan. Rite? So, sape yang masih suke dan terima kite, baik kita jaga hatinya. Mana yang bak "Melayu Mudah Lupa" ni punye spesies..Ada Aku Kesah?? SO, time ko xde sesape esk dah boleh la lupekan niat nak cari aku nie....

Monday, June 14, 2010

missing to be in the relationship

Well, im not that desperate to be in the relationship. But i missed to be in the relationship. Be with someone that u can share your thoughts, feelings and love. Yes, after watching this Valentine's Day movie suddenly i feel like i was lonely. Alone. Boring. :(

kadang-kadang terfikir juga lah, mana silapnya diri ni sampai susah sangat nak jumpe pasangan yang sesuai. Semua yang aku date semua nya hampeh. Cerewet sangat ke aku nie?? Well, i surpose to be choosy especially to find a man that i need to spend the rest of my life with. Right??

Ini bukan luahan hati, cuma rasa sedikit lega bila dah mula coretkan kat sini. Man hunt??? sangat lah tak sesuai. Pada aku cinta bukannya perlu di cari, ia datang sendiri. Love is magic. No need to plan. Let it comes naturally. Aku lebih senang keadaan mcm tu. Well, i guess i just wait for my love to be happens...InsyaAllah

Thursday, April 22, 2010

aku ke????

hmm..aku ke yang ada masalah?? kenapa soalan ni ada di benak fikiran aku. kenapa?? sebabnya, aku rasakan aku susah untuk terima sesiapa dalam hidup ni. especially lelaki. aku selalu akan tarik diri bila individu tu mula nak kan aku..Y!!!!!???!! Hati dan perasaan ni memang tak bleh dipaksa. Bila hati dah serahkan pada seseorang, dan ya, aku memang sayang dan cintakan dia. Tapi, Jodoh kami belum ketemu kesudahannya lagi. Aku moving on. am i??

Aku cuma mahukan yang terbaik. Untuk diri ini. Bukan kerana sedikit kekurang aku trs reject. Tapi, salah ke aku nak buat pilihan? arghhhh.....