Tuesday, November 25, 2008

Mengidam

kalau jeno dok mengidam mcm2 aku plak lain..hehehe dok mengidam nak mkn nasi beriani plak..heheh.. x sabar nk pegi beli lunch nie..

Monday, November 24, 2008

dah lame x hapdet..

lme gak la x haddet blog nie, bkn ape mood hilang dua tiga menjak nie. Jiwa sedikit kacau. HOH sungguh. hurmm...rasa nya seperti mahu pergi jauh dari sini. Bkn niat untuk lari dari masalah tapi cume..cume lari dari keadaan sekeliling yg buat aku buhsan (x sama ke?). Kwn-kwn semua bagi nasihat jgn pergi dari sini, masalah tetap sama. Tapi entah la, nak kata aku masih lagi sedih, tidak la seteruk dulu. Cuma sgt buhsan dan sgt menyampah dan sgt jijik atas kelaku nye.

tak perlu la ingin menunjukkan sgt kebahagian kamu dgn si dia pada ku dan kwn-kwn aku. Iye, aku tahu kamu sgt bahagia, bagus la. Sbb itu yang kamu pilihkan? tapi, tidak perlu untuk meng war-war kan seluruh antero betapa bahagianya kamu.

Aku pun sedang mencari kebahagian dlm hidup. Mungkin bukan dengan mencari pasangan dan menunjuk pada kamu, mungkin kebahagian yang aku cari adalah untuk lebih mengenali diri ku sebenarnya. Lebih mengetahui erti hidup ini selain dari menjebakkan diri dalam kancah emosi percintaan.

Serik??? Ya itu la ayat yg sgt sesuai buat diri ku. Serik untuk aku bercinta semula. Memulakan satu persahabatan yang akan mencurahkan rasa sayang, kasih, rindu dan segala emosi di dalamnya. Aku serik. Tapi sekiranya Allah membuka pintu hati ku untuk berkasih semula aku pasti tidak akn menolaknya. "There a still a good men out there" cuma belum ketemu.

To Yati, Jaja, Min, Al, Sara, Zamie, Angah and to all my beloved dear friends, i want to thank to all of u. For the supports, an ear, a shoulder for me to cry on. Thanks again, Hanya Allah yang mampu untuk membalas jasa kalian. I LOVE U GUYS!!..

Dan buat diri ku, tidak perlu bersedih untuk kehilangan cinta ini, tidak perlu untuk bersedih untuk perkara yang sgt sia-sia seperti ini. Kamu masih ada ibu, akk, abg, adik, ank2 saudara dan kawan-kawan yg syg dah kasihkan kamu. Kamu tidak sendiri CIKYAH..kamu tidak keseorangan. INGAT!!

Sunday, November 2, 2008

Kasih.. maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu

Kasih.. engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya

Tiga malam tanpa bintang
Dan diriku dihimpit penyesalan
Arah tuju kian fana
Kerna hilangnya manira
Bagaikan siang diselubung gerhana

Kembalikan senda tawa
Pulangkanlah manis disenyum manja
Ku pahatkan keinsafan
Dan patrikan kesetiaan
Sehingga nadi menafikan nyawa

Kasih.. maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu

Kasih.. engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya

* waktu kau nyanyikan lagu ini hari itu, dan kau hanya memandang ku, aku tau kau maksudkannya.. kau rasa bersalah kerana buat ku derita. Tapi, kenapa kau tidak tinggal kan dia...