Wednesday, June 3, 2009

Bila Sara ke Jinjang Pelamin

5.6.2009 ni Siti Sarah akan diijabkabulkan dengan pasangan nya. Menangis la Iblis kerana seorang lagi umat Muhammad mendirikan Masjid..Mcm biasa, aku akan meneman setiap kawan-kawan aku ni membeli barang-barang persiapan. Smlm aku teman Sara untuk beli Kasut kahwin dia..last minute tu...dah la sizenya ssh nk cari..size 4..perghh.. jenuh jugak la nk mencari. Sedih dan bahagia la bila kawan yg dah mcm adik ni nk kawen..tp bersyukur, sekurang-kurangnya ada anjakan dlm hidup dia..walaupun br 23 tahun tp dah memilih jln untuk berkeluarga, Alhamdullilah. Jgn mcm aku..hehehe..dah ujung kelendar masih belum lagi di lamar sesiapa...

Well, mlm ni ditugaskan untuk meng'inai' kan pengantin pulak...

To sara, Selamat pengantin baru, semoga tabah menempuhi alam perkahwinan yang penuh dengan cabaran!! Chayo!

Wednesday, May 20, 2009

pagi yg gelap kini sudah terang..

dah nk masuk sebulan lebih mak xde kat sini la..rindu nye kat cik midah nie..nk p kl jumpe dia x tau plk nk pg bila..nk pg this week bak eza nk belanja makan pulak..next week dah cuti skolah. sure xde tiket nt.

Oh mak!!! rindu nk mkn lauk mak masak nie..huhuhuhuhuhuhu

urmmm...sejak tdo umah orang ni, rumah aku dah terabai. bila nk balik tdo kat umah mls pulak, sorang kan, sunyi. pastu cuaca pulak x menentu. Badan aku pun rse x sedap, kejap mcm nk demam, kejap ok. Harini pulak kne selsema..

Wednesday, April 22, 2009

Ada Aku Kesah

Sesuai x tajuk aku nie ek... hmm..how to start....x faham la sebenarnya, ape yang lelaki ni fikirkan dalam kotak fikiran mereka..kenapa x ske nk terus terang aje senang kan???

Smlm aku tgk CSI bila grissom decide untuk tinggalkan team CSI, sedih sbb x dpt tgk cara dia kendali kan kes but at the same time happy sbb dia dapat apa yang dia nak, which is to be with sara..(x de relevannya ngan cite aku diatas)

So, berbalik pada isu lelaki ni, aku lebih senang kalau xde ikatan, maksudnya "kawan", aku x msg dia x marah, dia x msg aku x marah sbbnya kite berkawan. Tapi, bila si lelaki ni beria nk ada "relationship" ngan aku, sampaikan sanggup jumpe mak aku, pastu memula ok, then tetiba entah ape hangen satu hari x msg x kol, nk cari pun ssh, aku kol x angkat. WTH!!! If u want the relationship to grow, so act like it!!! bukan mcm ni! Baru nk layan perasaan dan buat perangai!! Grow Up man!!

Lebih baik aku mcm dulu, happy!! x fikir langsung psl cinta, perasaan, apa-apa lagi ntah..WTF!!!

Ada aku Kesah!

Thursday, April 16, 2009

17.4.2009..hpy bday to my boy



Bila hari ni mummy tak dapat wish mcm selalu yang mummy buat, mummy tak dapat peluk, tak dapat cium arshad mcm selalu. Happy bday sayang, walaupun arshad tak tau ape ape, tak mengerti ape yang terjadi, tapi mymmy nk arshad tahu, mummy tak pernah putus berdoa agar arshad jadi ank yang berguna, mummy tetap sayang arshad sampai bila-bila. Biarlah arshad mungkin tak akan ingat kasih sayang mummy lagi, tp mummy tetap syg arshad...Happy bday sayang, maaf kalau mummy tak dapat belikan arshad kek ya bu yang mcm mummy dok impikan nk belikan bila time bday arshad ni.. Mummy harap arshad takkan lupe kan mummy ngan mak ye...I will always love u arshad..alya..assyiff...

hati..biar la kau terus senyum dan jgn luka lagi...

mcm jiwang je bunyi cite aku nie kan..hehehe..sbbnye hati ku kini tersenyum kembali..

Harapan ku supaya hati ini tidak dilukai lagi, harapan padamu, jaga lah hatiku, siramlah ia dgn kasih sayang dan cinta, walaupun aku belum menyerahkan sepenuh jiwa, belum ada rasa cinta cuma rindu yg dtg menjelma...harapan agar kita sama-sama membajainya..

Friday, April 3, 2009

TiOmAn TrIP



x sempat nk meng"update" blog ni tentang percutian ku ke TiOmAn..We having so much fun. Such a nice and havoc place at Salang..Thx min! (Credit to her)..Pengalamn snorkling yang menakjubkan, sampai mabuk laut aku di buat nya..huhuhu..nak cerita banyak lagi tp aku tak dak mood dua tiga menjak nie akibat masalah kekeluargaan dalaman yang berlaku pada aku...

*kalian, doakan akan keselamatan aku dan keluarga ku ya!

Tuesday, March 24, 2009

Wednesday, March 11, 2009

~BoReD~

Tak bagus sebenarnya kalau kite asik mention buhsan dalam kehidupan kita ni.. tapi aku rsekan dah xde excitment..mmg buhsan..hari-hari rutin yang sama..sama dan sama.

Cerita yang sama, semuanya sama.

Hari ni pulak aircon kat opis xde..pastu aku plak pakai baju kurung, bikin hati panas siot..dah la panas..ArghGHHHHHHH!!!!!!...

Sabar..sabar...tenangkan hati.
smlm aku tak sihat. so, dapat la peluang menonton WaNita Hari Ini (My mum Fav talk show) holaa..ok, so dapat la aku tgk penjelasan dari Aishah (kalau x silap la) ex-wife pada pemain badminton Malaysia Roslin Hashim.

To be honest, aku sgt simpati pada dia, sbbnya dia wanita dan kaum sejenis aku. Kenapa harus kaum seperti kami di tindas. Di tinggalkan tanpa alasan.Wajar ke ia berlaku kepada kami? Pada pandangan aku yg agk kasar ni, ex wife dia ni bkn la wanita yg jenis "sosial" well, i can say she is the type yg balik keje trs balik rumah. No life. Just like me before im getting 30..huhuhuh..

Cume peliknya bila dengar penjelasan dia, ada persoalan dalam fikiran aku, "kenapa ada wujud nya lelaki yg suka buat keputusan hanya penting kan diri sendiri?".. tidak semua lelaki, sbbnya arwah abah aku seorang pembuat keputusan yg bijak. dia akan kaji buruk baiknya setiap keputusan yang diambil. Ini tidak, keputusan hanya di buat mengikut kata hati, tak berfikir panjang. Nampak sgt ketidak matangan nya individu yg bergelar lelaki ini. Dan, bagaimana la kami ni kaum wanita akan rasa terjamin, selamat.


Jadinya, sekiranya perempuan yg akan membuat keputusan yg agak mementing kan diri, pasti akan di gelar perempuan x baik, perempuan jahat. Kenapa ya??

Contohnya, ex aku punye ex Gf yg tglkan dia kerana dia lelaki lain. Sudahnya habis di kata dia jahat, dia itu, dia ini. Dan bila dia (lelaki) buat bende yang sama, tglkan aku kerana betina lain. Jawapannya senang, "Tiada Jodoh".. dan harus terima ketentuan. Maaf, sekira ini yang di lafazkan, kau bukan la lelaki yang baik, dan keputusan yg di buat oleh ex kamu itu, sesungguhnya sgt bagus untuk dirinya.

OK enuff abt me, berbalik pada nasib Aishah yg hanya dapat merasai alam perkahwinan selama 12 hari.. Could u guys imagine??? sedangkan aku yg setahun ni rse bagaimana derita(again abt me), ini kan pula dia?? I hope she can be much more stronger.

Sbb tu, aku ssh nk percaya pada cinta, pada hubungan..pada lelaki...

Monday, March 2, 2009

Losing....

Takziah buat min, my dear sis who lost her beloved atok but she called him bah...Semoga Roh Pak Yunus disisi orang-orang yang beriman..

I knw how it feels min, it feels very sad, empty, lost everything. Tapi, u kena kuat, kena tabah, kena Moving On..kerana, u masih lagi perlu teruskan hidup di dunia. U masih lagi perlu menjaga nenek u yg selalu juga sakit2... Dan, u perlu ingat yg u masih lagi ada kawan-kawan yg syg kan u..

* Semoga Roh Abah ku juga di sisi org2 yang beriman..Miss U Dad...Badly :(..


To friend, appreciated your loved ones. Take a good care of them. Because once u start losing them, u will miss a lot of things and u will regret..so...spend time time with them..

Wednesday, February 25, 2009

Displin..commitment

rasanya aku ni je kot yg ada masalah dgn rakan sekerja aku. Ini dah pukul 9.29 pg.. dia dah dua hari tak dtg. alasan terjatuh di bilik air. Aku pun penah jatuh jugak, terhentak. betul2 kat punggung aku, kne tulang tongkeng lagi. kat tangga plak tu. Tp aku still juga pegi keje. Waktu tu aku p keje naik bas lagi...masalah betul la bdk2 skrg. Lain la kalau jatuh sampai patah pinggang ke, tangan ke, kaki ke.. blh la consider. Masalahnya plak dia ni mmg la ada masalah displin dan x komited dengan kerja. Susah la, gaji end month dapat penuh, datang lambat, suka hati nk keluar bila2. Moody, heii mcm2 la..dan yg sgt stress nya adalah aku, yang sibuk dtg awal, yg sbk bg sepenuh commitment pada firm ni, yg sibuk siapkan task di beri..tp dh 3 tahun x naik gaji...Camne??

Tuesday, February 17, 2009

Bila min mengidam nk mkn bubur....

Pertama bila dia baca, dan dia akan kata "kak, perlu ke u nk letak tajuk ni?"..hehehehe..biarkan. Bak kata al dia ni pengaturcara dan pengubahcara yang terhormat. Entah kenapa, boleh plak org semua dengar ape dia rancangkan tu.. dah tu kalau nk ubah rancangan pun bg la kat dia nie..

Al-kesahnya ptg smlm sbb dah rindu nk jumpe dak dua org ni si min ngan al jadinya aku pun p amek la si kiah nie kat Jln Jagung 12 tu, pastu singgah lak kat umah mak mentua x jadik aku, sbb nk bg keledek. huhuhu.. x sangka la laki x jadi aku tu ada kat umah, sbbnya, nk habiskan cat umah, yela akknya nk kawen bln 3 nie. So, sementara menunggu tu sembang la kejap, jgn tidak kan...soalan banggang adalah.."ni br balik keje ke??" ape ke banggang la soalan tu..


Lupe kanla cite mamat separuh masak tu, kami pun trs menuju ke opis alin kat danga bay tu. Tunggu la dlm satu jam gamak nya, sambil min pun ternampak jiran nya si abg zul yg duduk jln jagung 13...heii..min min...agknya satu bdr baru uda ko kenal ek??

dlm pkl 7 alin pun cabut keluar dari opis dia tu, kami pun bergegas ke sentosa sbb nya si min sbk nk mkn bubur kat situ ngn nk mkn lala...layan..yg paling best tu siap kidnap si Azmi, jejaka EsSo idaman malaya tu mkn sekali..hehehe..seronok gak la sbb dah lme x jumpe dia dan lepak sesama pastu ngan cara dia nyakat aku yg blur2 ni..mmg sungguh kurang sopan..leh plak kena 2 kali tu ngan dia..

pa pe pun mkn bubur tu berjalan lancar dan mcm pesta mkn plak kami semalam...

Monday, February 16, 2009

Bila Mak buat Cite Sedih

haii..ssh jugak kan bila jadi anak perempuan dan bongsu dan blm kawen lagi. Mak aku tu bukan la jenis yang suka mendesak suruh aku kawen, setakat ni aku tgk dia la mak aku yang sangat sporting in so many ways. Walaupun...biasa la mak kan..kalau balik lbt sket bimbang..huhuhu..cume dua tiga hari ni, bila auntie aku call dari kl dok sembang ngan mak. jadinya aku ter"over" heard conversation mereka ni. Biasa la, soklannya pasal aku la..

"entah la leha (nme auntie aku), bdk tu (ex bf aku) tu suke yang macam tu, nk buat camne, biar la cikyah tu, tapi bimbang juga kan takut saya ni umur x panjang. Camni la ha, kalau ape2 jadik kat saya awak tgk2kan la cikyah ye."..

huhuhuhu..sgt terharu tetiba diri ku. hmm..terasa mcm membebankan semua org kalau aku ni masih blm berkawen. masalahnya jodoh ku belum tiba. (mengeluh sendirian).

Mak, jgn la bimbang psl cikyah ye. Walaupun jodoh cikyah blm tiba, dan di takdir kan mak x sempat nk tgk cikyah kawen, mak jgn la risau. cikyah akan jaga diri sendiri, cikyah takkan menyusahkan sesiapa mak..Cikyah nk mak jgn nk fikirkan psl cikyah sgt ye..Cikyah sgt sygkan mak sampai akhir hayat..

Sunday, February 15, 2009

JoDoH

Ape perasaan aku sebenarnya ye?? suatu pagi di ari sabtu yg tenang, waktu aku masih belom mandi sambil menonton Midsomer Murder (British Investigation Drama, which is soo drama but i like it)..aku mendapat panggilan talipon dari akk aku yg sorang tu. Dia suruh aku MMS pic aku kat hp dia. Y?? aku bukan la type yg suke amek gbr sendiri kat hp.. LoL..sbbnya ada org nk tgk aku. kire nk jadikan calon menantu untuk anaknya. HOH! sgt la old fashion. Humm..alasan aku hp aku kokak x leh nk MMS... hehehehe..So, solution is terpaksa la dia email pic aku yg ada kat kamera dia.. thts is the best way i guess. Kirenya, kalau dia berkenan proceed kalau x "ada aku kesah"..

Hmm..at least aku x nak org match kan aku ngan duda2 atau org tua yg desperate nk isteri sbb x leh nk hidup sorang..PLeaseeee!!!! Mujur anak makcik ni mmg bujang..hehehe..harap bukan GAYah la ye...Jadinya, aku ni kire masih menanti sebuah jawapan. Berharap ke?? Don't Think so.. tp kalau kira nya jodoh aku tiba dan di takdirkan aku bercinta lepas kawen, then...aku redha la jawabnya..

Tuesday, February 3, 2009

Tak Mungkin Kerana Sayang

Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

(Korus)
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Monday, February 2, 2009

Februari Muncul Kembali

sekejap tahun dah berganjak ke bulannya yg kedua. Pantas masa berlalu. Kehidupan ku masih begini. Blm ada yang berubah. Masih lagi mencari cebisan-cebisan hidup yang dulu, masih lagi mengumpul kekuatan untuk terus hidup. Masih lagi cuba untuk menghapuskan kenangan lalu, Masih lagi...

Hari tu aku jumpe dgn si dia yang agak lama tak berjumpa, maklumla dia jauh di kuantan sana, jadi bila dia ke JB ini la peluang aku nk berjumpa dgn dia. Pelik, waktu dengan dia dulu aku rasa bahagia, tp bila jumpa haritu aku rasa jiwa aku kosong, tak ada perasaaan. Pelik? mana hilangnya perasaan itu.

Thursday, January 29, 2009

Tonsil

Dah lme giler aku x kne serangan jangkitan di tonsil aku nie, hari ni di penghujung Januari tekak aku rse sgt sakit dan bila aku tgk td dah ada nanah.. adui..derita sungguh. tapi dek kerana aku ni spesis degil still jugak minum ais, still jugak mkn limau dan skrg ni tgh mkn twisties perisa kari lagi..suka agknya nk diri ni sakit. mls sungguh nk ke klinik, mesti kne injection nie..adui..

Wednesday, January 28, 2009

Penghujung Januari...

24.1.2009 (Sabtu)

Alhamdullilah, akhirnya aktiviti BBQ terlaksana juga, aku la yang bersungguh untuk dapatkan BBQ pitt, Bersungguh menyiapkan bahan-bahan untuk memerap ayam, ikan, sotong dan udang.. Akhirnya..mlm tu aku adik beradik, anak-anak sedara serta min memeriahkan majlis BBQ itu. Sambil makan sambil bakar kami semua menonton DVD majlid kahwin abg dan ape lagi anak-anak sedara dan min pun asik la mengutuk aku..HOH sungguh.. ini lah gathering keluarga aku setelah arwah abah takde. I wish u were here abah..Missing u a lot..

25.1.2009 (Ahad)

Abang ali dan akk aku sibuk nk bawak aku ngan mak p jenjln dengan kerete baru dia tu, so pagi-pagi lagi dah gerak ke kluang. Kami semua ke Gunung Lambak. Perjalanan dlm satu jam tu aku habiskan dengan membaca New Moon sambil mendengar Ipod (lagu pilihan min).. Setibanya di Gunung Lambak, aku akui ciptaan Nya sangat Indah, Pemandangan sangat cantik dan tenang. Gunung tinggi serta diselimuti kabus, sangat indah. Singgah seketika di rumah kawan akk ku ketika dia belajar dulu. Kecoh la jugak, sama la ngan akk aku. Kami dihidangkan dengan murtabak, nugget dan kuih. It was nice. Sempat juga kami bergambar, according to akk aku hubby kawan dia ni sgt suke bergambar, no wonder, heheh.. tapi ape yang aku suke dengan pasangan ni, walaupun dah middle age tapi sangat romantik, sgt sygkan isteri dan anak-anaknya. Satu contoh keluarga bahagia. Walaupun sekejap tapi layanan dan sambutan nya takku lupa kan. Terima kasih K.Zah dan Bang Jaafar. Dlm pkl 12 lebih kami bertolak pula ke Tmn Gunung Lambak untuk ziarah pak cik abg ali. Sesat juga la nk kerumah nya. Di sana kami di jamu makan tengahari pula. perghh..asik makan aje. dlm pukul 2 lebih kami bertolak semula ke JB tp akk aku ada permintaan nk singgah pulak ke Air Hitam. Singgah pulak la ke Air Hitam. ape lagi shopping la kerepek, bantal2 bdk..huhuhuhu.. Dlm lewat pkul 5.00 kami pun tiba di JB setelah berhenti solat di Kulai.

26.1.2009 (Isnin)

Aktiviti mengemas rumah setalah akk aku pulang ke muar pula..sambil tu aku text eza suruh dia dtg rumah sbbnya dia mmg tengah lonely dan nk hang out ngan aku, cume nya aku terpaksa membahagikan masa dengan akk dan anak-anak sedara aku tu.

Dalam pukul 12.30 tghari eza pun datang, mak aku pun dah siap masak, ape lagi kami makan bersama, sambil sembang-sembang. Kesian eza, masalah pula ngan bak nya yg sibuk bercinta dengan isteri orang.. Mcm-mcm..

Mlm tu eza decide nk tido rumah, aku on jek. Dan mlm tu aku keluar ngan eza, hajat hati nk makan mcd tapi terus ke danga, sje je nk tgk kedai tutup ke buka. So kami decide untuk mkn kat port aku, JB station Kopitiam tu. Sambil menunggu makanan tiba, eza order Chicken Chop aku order mee hoon goreng. Orang pun buleh tahan ramai jugak, tgh tgk2 orang tetiba aku ternmpk kelibat heri dan dia pun tgh tgk aku, sambil pegang tangan gf kesayangan dia tu dan bergegas nk keluar dari situ kononnya tak nak aku nmpk. Tuhan tu Maha Kaya, akhirnya aku nmpak dengan mata kepala aku sendiri. Perasaan aku?? Yang aku tahu, hati ku sgt pedih, sgt sakit sampai kan aku tak lalu nk mkn. Aku tahan kan emosi tu hingga kini. Kini semua Pupus..Period.

Monday, January 19, 2009

Bila Sakit di Gigi Menyerang lagi...

menantikan 5.2.2009 jam 8.00 pagi sangat menyeksakan..appointment dgn klinik pergigian kerajaan..sbbnya, murah..huhuhuhu..tapi di saat menunggu waktu di operasikan sangat la menderita..td ni br je nk minum air pun leh terasa bisa nya..Adui..bak kata min smlm, sakit gigi ni semua emosi terganggu, semua jadi serba x kena, nk marah, nk menangis, nk mcm2 laaa...

Tuesday, January 13, 2009

Di Antara Kalian

Aku tidak perlu hadir di antara Cinta kamu berdua

Aku perlu pergi menjauh, Namun semakin aku Pergi

Semakin kuat tarikan dari Mu

Aku perlu lepaskan kau pergi

Pergi seperti layang-layang, pergi seperti melepaskan merpati

Aku inginkan Semangat yang baru

Bersama mu akan membuatkan ku lebih sakit, lebih derita

Sebabnya, bila ada aku, ada kau dan ada dia...

Thursday, January 8, 2009

"Tuhan Kirim Kan la Aku..Kekasih Yang baik Hati.. Yang Mencintai aku..Apa Adanya"

Satu doa tu, walaupun hanya bait-bait lagu. Masih ada ke kekasih yang baik hati nie? Ada ke dalam dunia moden yang serba canggih dan penuh dgn scandal nie? Entah kenapa aku sgt senang bila dengar lagu munajat cinta nie. Walaupun dlm keadaan dia sedih kerana tiada kekasih namun dia tak lupe memohon yang terbaik untuk dirinya.

Tuhan, Kirimkan la aku kekasih yang baik hati dan menyayangi aku...Amin

Thursday, January 1, 2009

new hair do...

i think i need to do something to my hair...rebonding? Colour? Highlight? ...Arghhh....help me!!!