Tuesday, February 12, 2008

kehilangan....

14.11.2005 & 12 Syawal

Pada jam 9.00 Pagi aku mendapat panggilan dari abang..waktu itu mak, akk dan ija dlm perjlnan ke Hospital. Aku tidak sihat, migrain teruk pagi tu..abang dengan tenang bagitau yang abah dah xde.. Ya Allah! masa tu x tau nk buat ape..aku dengan x sedar terus meraung dan terduduk. sbb aku mcm x percaya yang aku dah xde abah lagi.semalam nya, aku ingat lagi abang kata keadaan abah dah stabil, heart beat ok. InsyaAllah esok abah akan sedar..kami gembira, mak bgn pagi, bersihkan rumah x sabar nk jemput abah dari hospital, namun Allah yang lebih berkuasa. Kepadanya kita kembali. Dengan berita baik tentang keadaan abah di sambut dengan berita yang amat menyedihkan esoknya. Aku harus terima, harus tabah. Walau hakikatnya aku x mampu nk teruskan hidup. Ya, abah lah penguat semangat kami adik beradik. Dia seorang pendengar yang baik, kawan yang baik walaupun pada zaman mudanya dia adalah seorang amat tegas, garang. Tapi, dia sungguh bertanggungjawab dan amat menyayangi aku.
Tengahari itu, jenazah abah di bawah ke masjid. Rumah kami kecil, dan abah pun bekas imam masjid itu jadi ada lebih baik di bawa ke masjid. Dia di mandikan di sembahyang kan.. wajahnya bagai sedang tidur. bau jenazahnya harum seperti bau bunga melor. walaupun dah 6 hari abah tidak dimandikan. Alhamdulillah..itu bahagian abah. Abg ipar ku masih dlm perjalanan ke JB. Waktu Zohor dah berlalu, abah berpesan pada aku dan abang aku, sekiranya umur dia x panjang, dia mahu jenazahnya dikebumikan tanpa lewat. tidak perlu menunggu sesiapa, jgn sampai terlebih dua waktu. Kami ingat, dan walaupun tanpa kehadiran abg ali, kami bertolak ke tanah perkuburan mahmodiah. dan, abang ku berbisik, "Abah, kalau ade jodoh abg ali nk jumpa abah, dia akan jumpa". Dengan kuasa Allah, setibanya kami di tanah perkuburan, abg ali pun tiba, aku sendiri tak tahu betapa lajunya abg ali drive. Tapi dia dpt menatap wajah abah dan menyambut jenazah abah sewaktu di liang lahad.
Masuk aje waktu asar abah selamat di kebumi kan. Dan sewaktu talkin di baca dan tahlil aku cuba menahan sebak. Aku lihat mak, akak, abang, ija..semua menahan sebak. Kini abah disemandikan, kami tinggalkan abah seorang diri. kami berdoa agar roh abah ditempatkan di golongan orang beriman. Kami akan mengikuti abah satu hari nanti..
Abah, rindu sangat hati ini, tak dapat lagi kucup tangan dan mencium dahi abah setiap hari. Tiada lagi gelak tawa, gurau senda. Tiada lagi arahan dan nasihat dari abah. Abah, andai waktu dapat diulang akan ku jadi anak yg lebih taat. Maafkan aku abah, sekiranya aku kurang membahagiakan hidup abah sewaktu hayatmu. Maaf sekiranya kini aku masih lagi gagal menjadi anak yang baik bagi mu..Abah..sesungguhnya aku amat merindui mu..

No comments: