Thursday, December 16, 2010

Rezeki di BUMI ALLAH luas

Lama tak mencoret di tinta ini since my last wrote. Hurmm.. dan penghujung Disember. Melalui satu transformasi di tempat baru. Yes!!! a new job for me since sekian lama kerja di tempat lama yang penuh stress..

Rezeki ini ALLAH yang beri, dengan izin nya aku dapat kerja di company nie. Ye, aku dapat tau firm baru aku ni nak pakai staff dari kawan baik aku lin, dia memberitahu kawan dia ni iaitu aku yang dia ke sini untuk interview. Yes, i also excited becouse its a good firm, dan waktu itu aku tak pernah terfikir untuk keluar dari firm lama.

Tapi, semakin aku stress dengan Lady boss, aku pun teringat akan cerita dari lin mengenai firm ni. So, i give a call to this firm, and yes they are still looking for a litigation clerk. Di sini mahu jelas kan sesuatu, IT WAS AN OPEN INTERVIEW. Sorry and no offense im not taking this job from you if this wht u claimed. Once aku email resume petang dia kol untuk interview. hari kedua Ramdhan aku pergi untuk interview dengan doa dan harapan. Alhamdullilah, sekali interview dan aku jawab dengan sejujurnya aku dapat job ini.
Bila aku updated status di fesbuk, lin terus chat dan tanya aku. Dan aku ada bg tau lin , aku TIDAK ada niat nak rampas kerja ni kalau dah dijanjikan untuk dia. Tapi dia pun cuma datang interview sahaja kan??? Dan aku juga ada bagitau dia sekiranya dia terasa dengan apa yang dapat, aku minta maaf. dia jawab, rezeki masing-masing. Demi ALLAH aku tak tau ape yang aku buat ni buat kau benar2 terluka. Dan untuk lia, kenapa hasru cerita di blog seperti aku ni sangat kawan yang JAHANAM??? I thought u know me but u just dont know me. *sigh*
Sekiranya, kau rasa kan ape yang aku buat pada lin salah, kenapa kau tak sendiri tanya depan muka aku dan jelas kan ape yang aku buat ni salah!! kalau itu yang kau rasa. Kenapa perlu buat aku terasa seperti ada yang tak kena atas persahabatan aku lin dan kau??
Aku bukan nak jadi anjing menyalak sana sini untuk beritahu aku ni benar aku tak salah atau apa
Aku cuma kecewa. Sekira rezeki yang Allah bagi pada aku ini buat kalian rasa tersinggung. Aku minta maaf. Macam yang kau tulis, Rezeki di bumi Allah luas. Nah, aku percaya satu hari nanti lin akan dapat kerja dan gaji yang jauh lebih dari aku. Itu doa aku. So, aku muhasabah diri, apa yang berlaku buat aku makin jelas erti persahabatan. Terima kasih.

Monday, September 27, 2010

PicK Me Up by Zoe Rice

baru je habis baca novel ni..thx to Al sbb bg pinjam..hehehe..setelah sekian lame baru selesai membaca. What a great stori..lepas baca tu ada sedikit terfikir, bahawa pasti akan ada yang 'terbaik' untuk diri ini. Jodoh ni payah kalau kite nk sibuk nak cari, kalau nk tunggu je pun payah jugak..jadinya, kite berdoa je la.

bottom line is, nk cerita sikit pasal buku tu..hmmm..yelah, dok kite impikan, kejarkan jejaka idaman. rupe-rupenya jejaka idaman tu depan mata. terpacak depan kite selama ni, selama yang kita tak sedar akibat asyikkan pada orang lain..soalnya, ada ke yang depan mata aku sekarang ni?? kalau ada pun, dia sedar tak yang aku sayangkan dia...

Soalnya hati....

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan datang lagi...

hari ni hari kedua datangnya Ramadhan, cukup 5 tahun berpuasa tanpa Abah.. Ya Allah, betapa aku merindui nye Ya Allah. Kali ni bila berpuasa tanpa abah, keadaan dah tak sama. Abang pun dah jarang datang rumah. Sibuk mungkin. Sekurang-kurangnya talipon la pada mak tu. Tiap hari dia tunggu abang kol. Kenapa ye?? Sampai satu malam tu mak cakap. Cikyah, Agaknya mak ni dulu selalu tak tanya khabar Tok Abah, jadi sebab tu la mak kena macam ni dengan abang awak. Aku diam. Tak boleh nak jawap. Setiap manusia ada akal dan fikiran untuk fikirkan. Ingatlah selagi dia ada. Jangan nanti kita yang menyesal. Bukannya kita tak tua.

Beza sungguh. Masa ada abah tu, lain la. kami bertiga berbuka. Solat terawih bersama. Kini, aku dan mak jek. seronok juga bila tgk mak happy. dapat pergi masjid, solat terawih. Tapi...kalau mak takda, aku macamana ye??

Monday, July 26, 2010

This Is Life

This is what we called life...tak semua kejadian dalam hidup ni akan sama. ada yang datang dan pergi. Ada yang masih lagi setia tak lupe juga yang mudah lupa. Unpredictable .. Unexpected..mcm2 lagi la.. tapi, hidup mesti diteruskan. Kalau dah x sudi nak cari kite baik kite lupekan. Rite? So, sape yang masih suke dan terima kite, baik kita jaga hatinya. Mana yang bak "Melayu Mudah Lupa" ni punye spesies..Ada Aku Kesah?? SO, time ko xde sesape esk dah boleh la lupekan niat nak cari aku nie....

Monday, June 14, 2010

missing to be in the relationship

Well, im not that desperate to be in the relationship. But i missed to be in the relationship. Be with someone that u can share your thoughts, feelings and love. Yes, after watching this Valentine's Day movie suddenly i feel like i was lonely. Alone. Boring. :(

kadang-kadang terfikir juga lah, mana silapnya diri ni sampai susah sangat nak jumpe pasangan yang sesuai. Semua yang aku date semua nya hampeh. Cerewet sangat ke aku nie?? Well, i surpose to be choosy especially to find a man that i need to spend the rest of my life with. Right??

Ini bukan luahan hati, cuma rasa sedikit lega bila dah mula coretkan kat sini. Man hunt??? sangat lah tak sesuai. Pada aku cinta bukannya perlu di cari, ia datang sendiri. Love is magic. No need to plan. Let it comes naturally. Aku lebih senang keadaan mcm tu. Well, i guess i just wait for my love to be happens...InsyaAllah

Thursday, April 22, 2010

aku ke????

hmm..aku ke yang ada masalah?? kenapa soalan ni ada di benak fikiran aku. kenapa?? sebabnya, aku rasakan aku susah untuk terima sesiapa dalam hidup ni. especially lelaki. aku selalu akan tarik diri bila individu tu mula nak kan aku..Y!!!!!???!! Hati dan perasaan ni memang tak bleh dipaksa. Bila hati dah serahkan pada seseorang, dan ya, aku memang sayang dan cintakan dia. Tapi, Jodoh kami belum ketemu kesudahannya lagi. Aku moving on. am i??

Aku cuma mahukan yang terbaik. Untuk diri ini. Bukan kerana sedikit kekurang aku trs reject. Tapi, salah ke aku nak buat pilihan? arghhhh.....

Tuesday, March 30, 2010

30.3.2010 @ tuesday



hari paling x besh dalam hidup aku...huarghhhh............

Saturday, March 27, 2010

trip to tioman...lagiii..kekeke

it was a good trip with u guyss..Love u All... xoxo

Bila lama tak menjengah ke blog ini...

Idea ada, rasa jari mahu mencoretkan kata tapi...MASA X ADA!!!! kat rumah ada PC tapi sepi sbbnya xde internet..jadi cane nk bukak blog. Macam-macam berlaku pada aku semenjak dua menjak nie. Soal hidup, cinta, persahabatan dan Kewangan...Adui..cane nak kaya..huhuhuh..Baru-baru ni aku aktif melukis mahendi ngan inai untuk pengantin, ada la sumber pendapatan sikit..Anyway thanks to min..dia la yang jadi agen aku. Ni plak tetiba ada idea nak buat sandwich dan nak hantar kat cafe yg ada kat Jotic nie..harap berjaya la hendaknya. Okay, ada sikit yang aku masih tak faham dengan perangai segelintir manusia yang menumpang di Bumi Allah. Sedar tak nasib kita ni sama?? Iaitu apa yang kita ada ni bukan milik hakiki. Allah boleh ambil bila-bila masa. Jadi, kita cuba menikmati dan bersyukur dengan apa yang Allah beri, selama kite ada di dunia. Okay, why im telling this. Bukan niat nak berceramah ke nak ape ke. Sama seperti mengingatkan diri sendiri. Cuma, aku rasa sedih, terkilan dan sangat ape ye yg sesuai...hurmmm..Benggang kot. Aku kerja dengan ikhlas, buat ape yang terdaya. Ya, enuff says. Yg buruk dari manusia Yg Baik dari Siapa??? Allah tentunya kan? jadi nya selangi kite ni manusia, pasti ada silap, dan dari silap pasti ada pengajaran. Tapi kenapa masih ada manusia yang dia ingat dia betul. Dia ingat ape dia buat sangat sesuai dengan keadaan sekeliling.
Ape nikmatnya bila kite mengata seseorang?? Ape tujuan nya?? Untuk mendapatkan benci pada individu yg dikatakan, atau puas bila buat fitnah..Atau memang lumrah bagi yg bergelar manusia nie. bile mengata orang, wahhh diri ini akan terasa hebat. Walhal, diri sendiri tu HAMPEH!!! tak pe, aku percaya pada Karma. What u give u get back! dan biasa nya orang tu pasti akan dapat layanan yang sangat tak berapa nak baik. Pulak tu selalu jadi umpatan dan kejikan orang, yang lansung tak ada kene mengena dalam hidup dia plak tu..See.. thats what i called karma. Bagi yang sangat Hipokrit itu, buat la ape yang kau rasa bahagia dan menyenangkan kau.. Pasti..Ada lah balasan buat kau..Amin...

Tuesday, February 16, 2010

14.2.2010 al & zamie day

Akhirnya kini pasti!!! congratulation to al and zamie..semoga kekal ke jinjang pelamin tau.. i ske sgt time u all bertunang nie..simple but happening..just like what alina wish for..mintak-mintak la pasni aku lak berjangkit ngan alina nie..kekeke.. x sabar mak tau..

Thursday, February 11, 2010

bersyukur...

dengan cerita pertama aku td berkenaan dengan suami curang. aku bersyukur sbbnya sehingga kini aku masih lagi bujang, maksudnya aku masih buat pilihan untuk pilih yang terbaik dalam hidup ini.

Walaupun, ada sesetangah pihak yang tidak berapa nak senang tgk aku single, contohnya jiran aku yang mulut mcm longkang itew, ada seorang lagi manusia yg sibuk nak carikan aku bf. Sengal!! sgt tak bagus. sbbnya, aku tak pernah nak ganggu hidup mereka dia tapi mereka sukaaaaa la sangat nak ganggu hidup aku nie.

baru-baru ni, si kepoh nie siap tegur aku kononnya ada projek untuk aku. dan aku pun tanya, projek ape? Projek jodoh..aduiii...x besh dengar. Aku pun sehingga sekarang aku elak dari jumpe dia. Im single but not available okay!!!!!!! jadi tak payah nak jadi tukang temukan jodoh untuk aku..
it has been a while since my last confession in this blog. yeah confession that i making out with The Rock!! sgt sengal. Well, oya im telling you, it was F******g Good!!! LoL!!! tp dlm mimpi je la. First of all aku nak simpati pada kawan-kawan yang punya masalah dlm hubungan.

Cerita Pertama :

1. Suami curang

Bercinta lama. Kawin lama. Anak ada. After 5 years of marriage ada hati nak pasang lagi satu. Fine, lelaki mmg buleh kawen lebih dari satu. Tapi, bisakah berlaku adil? bila ada perempuan lain mula la abaikan isteri, anak-anak. Dan isteri plak, sedih, banyak benda nak fikir, anak-anak, keadaan diri, nak berhadapan dengan masyarakat, kawan-kawan. Jadi, kawan la tempat mencurah kan perasaan. Dan sebagai kawan nie perlu sediakan mental untuk kawan yang aada masalah seperti ini. Sebabnya nak bagi kekuatan bukan mudah. Dan pada suami yg sengal tak ada duit tp nak berpoligami ni..Fikirlah dulu sblm bertindak jgn nak fikirkan k**** ko tu je ye!!!

(nt sambung lagi)

Sunday, January 10, 2010

MiMpi SeleKeh

hahaha..mmg nk tergelak la..ade ke aku leh mimpi bersengama ngan si The rock..uitss..seram mak tau..pastu dah la pas mimpi dia leh plak mimpi mcm2 lagi tu..penat la..

Wednesday, January 6, 2010

Bla Buhsan melanda diri...

tension tol la aku arini.. apsal la anak dia ni ada kat opis..dah la menyepah..menggangu org kerje..buhsan tol la..memula ok la dah lme2 nk buat keje pun x leh.. bohsan!!! Kerja dah la banyak pastu leh plak nk jadi pencacai dia nie..heiii..sangat la aku menyampah arini..

dah la x besh tengahari ni. leh plak ternampak my bestfriend punye laki ngan betina gatal!!! dah la buget dia lawa.. tolong la k.. ko tu tak setanding la ngan kawan aku tu..Sengal!! x ske la!!!

Kenapa ek, lelaki tu kalau handsome x pe. ni muke mcm pecah rumah pun ada hati nk main kayu tiga...

Lynn, aku harap ko kne la terima hakikat yang laki kau tu pasti akan kawen ngan betina tu, siap kuar lunch bagai..dari opis di tun Aminah leh mkn kat larkin perdana..bayang kan?? demi cinta ku pada mu kan?? so, aku nk ko sabar ye lynn..

Monday, January 4, 2010

Kecik HatI???

Pernah tak terasa kecik hati atau terasa hati especially bila kawan-kawan yang mengeluarkan sesuatu statement yang mengata kita. walaupun kdg-kdg dia tak maksudkan, tapi sebolehnya kite ni kalau buleh nk cakap pun pikir kan hati kawan. atau statement tu banding kan kita ni dengan binatang. Sakit x? hati sgt tersentuh, tapi yang cakap tu kawan. dan sangat baik..ssh kan? tak pe la, selagi dia buleh cakap, dia cakap la. Satu hari nanti dia akan tau la ape yang aku rasa, dia akan rasa.

Its 2010!!! Hpy new year everyone!!

perghh..dah lme giler aku x msk dan update kan blog aku nie..dan dah masuk 2010 pun..sekejap je masa dah berlalu..a lots of things happen to me..mcm2 cerita, dah mcm telenovela pun ada jugak kekadang..this is what we call life..mcm drama, pementasan..kite ni ibarat pelakon utama dan ada watak-watak kecil untuk menjayakannya..ape la aku membebel,perut lapar, dah pukul 5.42 petang.sementara menunggu nk menonton wayang dan nk isikan perutku dengan MCD kejap lagi, aku pun menceceh la entah ape-ape kat blog aku nie..perghh..lapar giler..chow dulu la..